Thursday, January 24, 2019

Pembentukan Organisasi Mengikut Kerangka Pentadbiran Rasulullah S.A.W





(DUA 2022)
PENGURUSAN DALAM ISLAM

Tugasan Kumpulan
Pembentukan Organisasi Mengikut Kerangka Pentadbiran Rasulullah S.A.W

Disemak Oleh:

Pn. Wan Ruswani Bt Wan Abdullah

Disediakan Oleh:

Rabiah Bt Ab.Hakam (02DAT18F1109)
Fatin Noor Amirah Bt Agu Salim (02DAT18F1112)
Nor Hazirah Bt Anuar (02DAT18F1110)
Nur Syahmina Bt Zulkarnain (02DAT18F1106)
Nurul Izatul Najihah Bt Mohd Amin (02DAT18F1013)
Aidi Amira Bt Aizat Safaruddin (O2DAT18F1088)

Kelas: DAT2C

Tarikh Serahan:

25 Januari 2019


PENDAHULUAN


Maksud kepimpinan adalah keupayaan dan berkebolehan seseorang menjadi seorang pemimpin. Pemimpin yang menepati ciri-ciri idealisme sukar ditemui dalam sejarah ketamadunan manusia. Namun, dalam sejarah ketamadunan islam, kepimpinan Rasulullah SAW adalah qudwah (idola) dan ikutan, serta menepati ciri-ciri pemimpin yang ideal.

Hal itu telah diakui oleh al-Quran yang memuji kehidupan Rasulullah SAW secara umumnya dan meletakkan setiap inci daripada kehidupan baginda secara uswah (contoh ikutan) dan teladan yang baik. Firman Allah SWT dalam surah al-Ahzab, ayat 21 yang bermaksud “Sesungguhnya bagi kamu, pada (kehidupan) Rasulullah SAW ada ikutan yang baik kepada sesiapa yang mengharapkan Allah SWT dan hari akhirat serta mengingati Allah SWT” 

Kepimpinan Rasulullah SAW merupakan model pemerintahan kurun terbaik dalam sejarah Islam dan mengandungi ‘qudwah hasanah yang dimaksudkan menjadi contoh teladan yang baik. Perkataan ini pernah digunakan di dalam al-Quran agar umat Islam mencontohi Rasulullah SAW dalam kehidupan mereka.

Rasulullah SAW merupakan pemimpin yang dipilih dan dilantik oleh Allah SWT untuk memimpin manusia ke jalan yang benar. Kepimpinan baginda terserlah sewaktu baginda berada di Kota Makkah iaitu sebelum menerima wahyu sebagai Nabi dan Rasul. Kepimpinan itu makin jelas setelah baginda berhijrah ke Madinah.

Apabila diamati dan dianalisis sirah Rasulullah SAW, kita mendapati baginda merupakan seorang pemimpin yang menyusun strategi dengan kemas dan mantap bagi memastikan Islam menjadi satu agama yang unggul dan agung.



  •  ISI-ISI




1)      MELAKUKAN DAKWAH SECARA RAHSIA


Pada peringkat awal, penyebaran agama Islam dakwah dilakukan oleh Rasulullah SAW secara rahsia. Strategi menyebarkan agama yang suci ini adalah dengan menyampaikan terlebih dahulu kepada orang paling rapat dengan baginda, kaum keluarga serta teman-teman baginda. Mereka menganun agama Islam secara rahsia. Kaedah yang dilaksanakan oleh baginda adalah dengan mengumpulkan mereka serta membimbing ke arah mengabdikan diri kepada Allah SWT.

Langkah pertama ialah seruan terhadap mereka yang sudah kenal dan karib dengan Baginda. Antara orang yang mula mula menyahut seruan Baginda ialah saidatina Khadijah Radiallahu’anha, Ali bin Abi Talib, Zaid bin Harithah (orang suruhan dan anak angkat baginda), Abu Bakar bin Quhafah, Uthman bin Affan, Zubair bin Awwan, Abdul Rahman bin Auf, Sa’ad bin Abi Waqqas dan mereka yang lain Radiallahu’anhum. Semua mereka ini bertemu Rasulullah SAW secara sulit. Mereka melakukan ibadah di lorong- lorong Makkah yang jauh dari pandangan orang Quraisy.

Ketika pemeluk agama Islam meningkat 30 orang, Rasulullah SAW memilih satu tempat yang agak terpencil iaitu di rumah Al-Arqam bin Abi Al-Arqam untuk menyampaikan ajaran Islam. Kemudiannya, dakwah Rasulullah SAW terus berkembang sebanyak 40 orang pengikut. Kebanyakkan mereka adalah golongan fakir miskin dan hamba sahaya,yang tidak ada tempat dalam masyarakat Quraisy.

Rasulullah menjalankan tugas dakwah secara rahsia bukanlah kerana takut sesuatu yang akan menimpa diri Baginda. Baginda amat faham akan perintah Allah SWT. Dakwah ini pada peringkat awalnya hanya diterima oleh orang yang lemah dan fakir. Ini bukan sahaja berlaku kepada dakwah nabi-nabi yang terdahulu. Sebagai contoh lihatlah dakwah Nabi Nuh as.

Pengiktibaran  untuk para pendakwah adalah pendakwah perlu bijaksana untuk memilih uslub dakwah samada secara rahsia atau terang-terangan dengan melihat kepada tempat dan suasana, juga dengan melihat kepada kekuatan dan kemampuan yang dimilikinya.Pendakwah tidak boleh memandang remeh atau sepi kepada pengikut yang lemah,fakir dan miskin.Apa yang perlu bagi seorang pendakwah ialah usaha-usaha yang berterusan dan kesabaran yang tetap.Kekuantan dan kejayaan akan dikurniakan oleh Allah SWT. Terbukti dalam sejarah,akhirnya dakwah Rasulullah SAW diterima oleh semua lapisan masyarakat. 




2)      MENYEMAI BENIH IKHSAN DI DALAM HATI PARA SAHABAT

Strategi yang diamalkan oleh Rasulullah SAW adalah dengan menyemai benih ikhsan di dalam hati para sahabat. Konsep ikhsan yang ditekankan oleh Rasulullah SAW adalah melakukan sesuatu hanya kerana Allah SWT dan yakin bahawa Allah sentiasa melihat amalan yang dilakukan oleh hamba-hambaNya. Penerapan konsep ikhsan ke dalam jiwa para sahabat ini telah melahirkan insan yang:

  • Ikhlas Dalam Setiap Amalan dan Tindakan 
  •  Bersikap Amanah Terhadap Tugas Yang Diberikan - Sikap bertanggungjawab yang boleh menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain.
  •  Menyakini bahawa Allah sentiasa mengawasinya.
“أن تعبد الله كأنكَ تراه، فإنْ لَمْ تَكُنْ تراه فإنه يراك”
·         “(al-Ihsan adalah) engkau beribadah kepada Allah seakan-akan engkau melihat-Nya, kalau kamu tidak bisa melihat-Nya maka sesungguhnya Dia melihatmu”[11].
Syaikh Abdurrahman as-Sa’di berkata, “Muraaqabatullah (selalu merasakan pengawasan Allah Ta’ala) adalah termasuk amalan hati yang paling tinggi (keutamaannya dalam Islam), yaitu menghambakan diri (beribadah) kepada Allah dengan (memahami dan mengamalkan makna yang terkandung dalam) nama-Nya ar-Raqiib (Yang Maha Mengawasi) dan asy-Syahiid (Yang Maha Menyaksikan). Maka ketika seorang hamba mengetahui/meyakini bahwa semua gerakan (aktifitas)nya yang lahir maupun batin, tidak ada (satupun) yang luput dari pengatahuan-Nya, dan dia (senantiasa) menghadirkan keyakinan ini dalam semua keadaannya, ini (semua) akan menjadikannya (selalu berusaha) menjaga batin (hati)nya dari (semua) pikiran (buruk) dan angan-angan yang dibenci Allah, serta menjaga lahir (anggota badan)nya dari (semua) ucapan dan perbuatan yang dimurkai Allah, serta dia akan beribadah/mendekatkan diri (kepada Allah) dengan kedudukan al-ihsan, maka dia akan beribadah kepada Allah seakan-akan dia melihat-Nya, kalau dia tidak bisa melihat-Nya maka sesungguhnya Allah melihatnya”[12].

  • Sentiasa bersungguh-sungguh dan jujur dalam setiap keadaan
“Dan jadikanlah dirimu sendiri suatu teladan dalam berbuat baik. Hendaklah engkau jujur dan bersungguh-sungguh dalam pengajaranmu”
Al-Kitab dengan sangat jelas menunjukkan bahwa kita semua diminta untuk tampil menjadi teladan dalam banyak hal mulai dari perbuatan baik hingga iman. Seterusnya, ayat bacaan hari ini menyatakan salah satu firman Allah yang mengingatkan kita untuk selalu berusaha untuk  menjadi teladan dalam hal berbuat baik. “Dan jadikanlah dirimu sendiri suatu teladan dalam berbuat baik. Hendaklah engkau jujur dan bersungguh-sungguh dalam pengajaranmu”.



3)      MEMBINA PERPADUAN DAN MENYATUKAN UMAT

Sebaik sahaja tiba di Yathrib (Madinah) semasa peristiwa hijrah, Rasulullah SAW menyusun strategi untuk membina perpaduan di kalangan umat Islam. Baginda melancarkan satu kaedah yang dikenali sebagai sistem persaudaraan dengan mempersaudarakan orang Muhajirin dan Ansar. Antaranya, Rasulullah SAW mempersaudarakan Umar al-Khattab dengan Zaid bin Harithahdan Abu Ubaidah bin al-Jarrah dengan Saad bin Muaz.

Strategi Baginda ini memberian momentum yang kuat kepada sebuah negara baru pada masa tersebut. Hasilnya, Madinh menjadi sebuah negara yang kuat walaupun umat Islam terus-menerus menghadapi ancaman dan sekatan daripada musuh di setiap penjuru.

Seterusnya, peringkat pertama penghijrahan Rasulullah SAW membina “ikatan persaudaraan” antara golongan Muhajirin dan Ansar untuk melenyapkan sikap finatik kesukuan dalam mewujudkan ruh pengabdian selain kepada agama Islam. Di samping itu, pendekatan Rasulullah SAW di Madinah adalah lebih kepada pengukuhan iaitu cenderung kepada syariat dan pengurusan.

Selain itu, perkara pertama ketika hijrah Rasulullah SAW ialah mempersaudarakan dalam kalangan Muhajirin dan Ansar. Melalui hubungan persaudaraan, maka keteguhan saf yang sangat penting dalam perjuangan Islam itu dapat diwujudkan.

Rasulullah SAW mempersaudarakan sahabatnya dalam kalangan orang-orang Muhajirin dan Ansar. Antaranya ialah Ja’far bin Abi Talib dengan Mu’adz bin Jabal, Hamzah bin Abdul Mutallib dengan Zaid bin Harithah, Abu Bakar Al-Siddiq dengan Kharrijah bin Zuhair, Sa’ad bin Al-Ruba’I dengan Abdul Rahman bin Auf dan lain-lain. Buktinya Sa’ad bin Al-Ruba’I telah menawarkan separuh hartanya iaitu rumah, harta dan ahlinya dengan saksama kepada saudaranya iaitu Abdul Rahman bin Auf. Sebaliknya Abdul Rahman bin Auf berterima kasih dan meminta Sa’ad bin Al-Ruba’I membawa beliau ke pasar Madinah untuk beliau bekerja di sana. Setiap kaum Muhajirin dipersaudarakan dengan kaum Ansar dan persaudaraan itu dianggap seperti saudara kandung sendiri. 

Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:

 " Dan orang-orang Yang beriman sesudah itu, kemudian mereka berhijrah dan berjihad bersama-sama kamu, maka adalah mereka dari golongan kamu, maka adalah mereka dari golongan kamu. Dalam pada itu, orang-orang Yang mempunyai pertalian kerabat, setengahnya lebih berhak atas setengahnya Yang (lain) menurut (hokum) Kitab Allah; Sesungguhnya Allah Maha mengetahui akan tiap-tiap sesuatu"
(Surah Al-Anfal: Ayat 75)


4)      SISTEM DAKWAH DAN PENDIDIKAN BERPUSAT




Proses dakwah Rasulullah SAW juga dilaksanakan secara berpusat. Perkara ini jelas apabila Nabi Muhammad SAW menjadikan rumah Al-Arqam bin Abi Al-Arqam Al-Makhzumi sebagai pusat dakwahnya yang pertama di samping tempat orang Islam berkumpul.

Pusat ini bukan sahaja sebagai pusat dakwah, bahkan juga dijadikan sebagai pusat untuk mendidik, memberi kefahaman, memantapkan iman dan membawa manusia keluar daripada kegelapan kepada cahaya.

Dakwah pertama Nabi Muhammad SAW adalah dakwah secara diam-diam. Sebagaimana firman Allah SWT Asy-syuara: 214 “dan berikanlah peringatan kepada kerabat-kerabat mu yang terdekat”. Manakala Pendidikan Islam Secara Rahsia Dan Perorangan adalah iaitu ketika awal turunnya wahyu pertama, pola pendidikan yang dilakukan adalah secara sembunyi, dimulai dari diri beliau sendiri dan keluarga dekatnya. Tahap ini  berlangsung selama 3 tahun.

Orang-orang yang pertama menerima dakwahnya dari kalangan keluarga dan sahabat terdekat yang dikenal dengan sebutan Assabiquunal Awwaluunantara lain: (Siti Khadijah, Ali Ibn Abi Thalib, Abu Bakar, Zaid, Ummu Aiman, Usman Ibn Affan, Zubair Ibn Awwam, Abdurrahman Ibn Auf, Sa’ad Ibn Abi Waqas, Thalhah Ibn Ubaidillah, Abu Ubaidillah Ibn Jarrah, Al-Arqam Ibn Abi Al-Arqam).

Seterusnya dakwah kedua adalah dakwah secara terbuka. Sebagaimana firman Allah SWT Al-Hijr: 94 “maka sampaikanlah (Muhammad) secara terang-terangan segala apa yang diperintahkan kepadamu dan berpalinglah dari orang yang musyrik”. Manakala pendidikan Islam secara terang-terangan adalah ketika turun wahyu berikutnya, yang memerintahkan dakwah secara terang-terangan. Ketika wahyu itu turun belaiu mengundang keluarga dekatnya untuk  berkumpul di bukit Shafa, menyerukan agar berhati-hati terhadap azab yang keras dikemudian hari bagi orang yang tidak mengakui Allah sebagai Tuhannya dan Muhammad sebagai utusan_Nya.


   5)      MEMBENTUK SATU JEMAAH YANG BERSTRUKTUR DAN BERPASUKAN

Kekuatan Islam terletak pada Jemaah atau pasukan. Oleh yang demikian, Nabi Muhammad SAW membina satu pasukan kuat yang terdiri daripada kalangan para sahabat. Antara ciri-ciri pasukan yang dibina oleh Rasulullah SAW ialah:

·         Menumpukan kepada matlamat Jemaah atau pasukan iaitu untuk mengubah dunia dengan menegakkan Islam pada diri sendiri dan menyebarkannya segenap dunia.
·         Menerima ahli daripada pelbagai kemahiran dan latar belakang.
·         Fokus pada menjayakan tugasan bersama, mengkoordinasi kerja dan menyumbangkan kemahiran tersendiri.
·         Merancang dan merangka misi dakwah secara bersama. Selain itu, setelah baiah dilaksanakann, Rasulullah SAW menyusun dan memperkuatkan lagi Jemaah atau pasukan dengan memilih 12 orang ketua yang menjadi naqib kepada kaumnya. Naqib atau istilah lainnya fasilitator (pemudah cara) bertanggungjawab sebagai seorang muslim, murabbi, dan mursyid kepada kaumnya.

Kelebihan Kerja dalam kumpulan adalah Islam sering menyeru supaya kita hidup dalam berjemaah. Ini jelas dibuktikan dalam hadis Rasulullah sallallah hualaihi wasallam yang bermaksud “ Seseorang yang solat jemaah lebih baik daripada solat berseorangan”. Imbasan daripada sejarahsejarah islam membuktikan bahawa kerja berpasukan amat penting. Seperti peristiwa Perang Uhud. Tentera muslim Berjaya mengalahkan pihak musuh, apabila mereka bertindak secara berkumpualan dan mempunyai perancangan yang teliti.

            Banyak kelebihan kerja berkumpulan seperti berjemaah. Dengan berjemaah kita mempunyai banyak maklumat dan idea. Konsep jemaah membolehkan ahli kumpulan  berkongsi maklumat dan bertukar-tukar pandangan. Selain itu, Kumpulan mempunyai daya kreatif yang lebih berbanding daya daya kreatif orang perseorangan. Seterusnya,  pembelajaran secara berkumpulan adalah lebih berkesan berbanding pembelajaran seorang diri dan penglibatan dalam kumpulan memberikan kepuasan kerana ia membolehkan kita memenuhi keperluan sosial, misalnya dapat mewujudkan jaringan hubungan dengan orang lain. Sungguh pun bekerja secara kumpulan digalakkan kerana kelebihannya, namun kumpulan juga tidak terlepas daripada kelemahan dan masalah.Ini timbul lantaran ada anggota tidak mengetahui dan  memahami tugas masing -masing. 

Di sebalik kelebihan, ia juga terdapat kelemahan, antaranya ialah anggota kumpulan mungkin didesak atau terdorong untuk mengikut pendapat majoriti. Fenomena ini dikenali sebagai pemikiran kelompok.Masalah pemikiran ini boleh menjejaskan proses pembuatan  keputusan dan kualiti. Selain itu, ada kemungkinan anggota mendominasikan perbincangan atau kumpulan bagi tujuan tertentu. Seterusnya, wujud sikap bergantung kepada anggota lain dengan anggapan anggota lain akan maelakukannya. Di samping itu, kumpulan, berbanding dengan individu, mengambil masa untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.

Terdapat tiga perkara yang perlu diambil kira dalam penggunaan kaedah kumpulan iaitu anggota di dalam kumpulan tersebut mesti boleh menyumbang dan mempunyai pngetahuan dan mempunyai pengetahuan serta kemahiran untuk menjayakan kumpulan. Selain itu, kepimpinan kumpulan tersebut diterima, dan seterusnya iltizam dari semua yang terbabit adalah sangat diperlukan. 

Pengertian pekerjaan dari perspektif Islam adalah satu pendapat menyatakan pekerjaan iaitu suatu status, cara, karakteristik, taraf yang terkait dengan suatu profesi. Pendapat lain menyatakan pekerjaan sebagai ojektif yang memiliki erti kualifikasi.Pakar dalam hal ini menyatakan sebuah profesi ini berhubungan dengan hakikat kehidupan manusia.

Nilai penting dalam bekerja adalah ihsan (baik) dan jihad (bersungguh-sungguh). Islam tidak hanya memerintahkan bekerja tetapi bekerja dengan sebaik-baiknya. Maka sepatutnya seorang muslim selalu ihsan dalam bekerjanya dan dilakukan dengan penuh kesungguhan, mengerahkan segala kemampuannya untuk hasil yang terbaik dan menjaga kualiti proses atau cara mencapainya. 




6)      MEMBENTUK GOLONGAN PELAPIS YANG BERJIWA KENTAL

Keperibadian seorang muslim sejati adalah bergantung kepada ketinggian akhlak yang dimiliki olehnya. Ciri ini adalah merupakan elemen paling utama dalam membentuk kualiti kepimpinan yang tinggi menurut pandangan Islam. Jika dilihat, sebelum Baginda menerima wahyu pertama dan diangkat menjadi rasul. Rasulullah, nama Muhammad bin Abdullah sememangnya harum dan mulia dalam kalangan masyarakat arab Mekah dan terkenal dengan ketinggian akhlak berperibadi mulia sehingga Baginda mendapat jolokan gelaran al-Amin kerana sifat amanah yang dimilikinya. Ciri ini juga adalah selari dengan motif perutusan Rasulullah S.A.W sendiri ke muka bumi iaitu sebagai pelengkap kepada akhlak mulia dalam kalangan manusia dan melakukan terhadap transfomasi positif terhadap adat jahiliyah yang wujud pada ketika itu. Pemimpin sejati yang mencontohi Baginda hendaklak memberikan contoh akhlak terbaik untuk diikuti supaya dirinya tidak digolongkan dalam golongan yang dimurkai oleh Allah SWT, sekaligus menyebabkan hilangnya hormat pengikut terhadap dirinya. Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman, mengapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? (3) Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan”
 (al-Saff, 61: 2-3)

Pemimpin yang ingin dirinya menjadi ikutan kepada pengikutnya hendaklah sentiasa mendahulukan perbuatan mulia dan mencerminkan akhlak mulia untuk dijadikan contoh teladan serta ikutan kepada pengikutnya. perihal begini disebut sebagai metod Da’wah bil Hal iaitu penyampaian mesej dakwah melalui kaedah contoh perlakuan atau perbuatan. Haruslah diketahui bahawa kemuliaan dalam keperibadian insan hanya akan tercapai sekiranya hidup mereka dipandu dengan suruhan dan larangan Allah SWT dan ajaran Rasulullah S.A.W dengan penuh rasa tekun dan bersungguh-sungguh.(Redza Zainal Abidin, 1989:25). Kemuliaan dalam peribadi insan yang digelar pemimpin akan menjadi sempurna sekiranya dirinya menjadi insan yang bertaqwa yakni bukan sahaja mahu ditaati oleh pengikutnya, akan tetapi dirinya terlebih dahulu mentaati Allah SWT



RUMUSAN

Dalam konteks pemerintahan dan pentadbiran Rasulullah adalah sebaik-baik ikutan yang perlu diteladani. Seharusnya kita menjadikan Rasulullah SAW sebagai contoh dalam kehidupan seharian dalam segala urusan. Sebagai umat Islam sewajarnya kita yakin bahawa Rasulullah SAW bukan sahaja mempunyai ketokohan dari aspek kepimpinan baginda sebagai nabi dan rasul tetapi baginda juga berkaliber dari aspek politik, sosial, ekonomi dan pertahanan. Kepimpinan Rasulullah SAW juga terbukti telah membawa masyarakat Islam kepada kehidupan yang lebih baik dan teratur.

Penerapan ciri-ciri kepimpinan Rasulullah SAW dalam pembentukan diri tidak hanya gterhad dalam konteks jati diri pendakwah sahaja, malah diaplikasikan secara menyeluruh dalam keseluruhan bab yang berkaitan dengan konteks kepimpinan. Ini adalah kerana hakikat yang tidak dapat dinafikan iaitu Rasulullah SAW sendiri adalah merupakan penghulu segala Rasul, pengakhiran bagi para Anbiya', pemimpin umat Islam, utusan Allah yang menyampaikan wahyu, dan kesemuanya sekali. 

Maka, asalah merupakan suatu kerugian bagi umat Islam jika tidak mengambil peluang untuk merujuk dan mencedok ilmu-ilmu kepimpinan yang dizahirkan oleh Rasulullah SAW, terutamanya dalam membentuk diri sebagai seorang penyampai dakwah Islamiyyah yang hebat dan berjaya.



RUJUKAN

http://www.ukm.my/skim/wp-content/uploads/2016/01/Pengurusan-Rasulullah-s.a.w.-dalam-Mempersaudarakan-Masyarakat-di-Madinah.pdf

https://www.slideshare.net/ciklahkiter/rasulullah-saw-sebagai-model-utama-dalam-sistem-pentadbiran-dan-pemerintahan-islam

https://www.slideshare.net/ciklahkiter/rasulullah-saw-sebagai-model-utama-dalam-sistem-pentadbiran-dan-pemerintahan-islam

https://naskahtua.blogspot.com/2015/09/sistem-dakwah.html?m=1



No comments:

Post a Comment

Pembentukan Organisasi Mengikut Kerangka Pentadbiran Rasulullah S.A.W

(DUA 2022) PENGURUSAN DALAM ISLAM Tugasan Kumpulan Pembentukan Organisasi Mengikut Kerangka Pentadbiran Rasulullah S...