(DUA 2022)
PENGURUSAN
DALAM ISLAM
Tugasan
Kumpulan
Pembentukan
Organisasi Mengikut Kerangka Pentadbiran Rasulullah S.A.W
Disemak
Oleh:
Pn. Wan
Ruswani Bt Wan Abdullah
Disediakan
Oleh:
Rabiah Bt
Ab.Hakam (02DAT18F1109)
Fatin Noor
Amirah Bt Agu Salim (02DAT18F1112)
Nor Hazirah
Bt Anuar (02DAT18F1110)
Nur Syahmina
Bt Zulkarnain (02DAT18F1106)
Nurul Izatul
Najihah Bt Mohd Amin (02DAT18F1013)
Aidi Amira
Bt Aizat Safaruddin (O2DAT18F1088)
Kelas: DAT2C
Tarikh
Serahan:
25 Januari
2019
PENDAHULUAN
Maksud
kepimpinan adalah keupayaan dan berkebolehan seseorang menjadi seorang
pemimpin. Pemimpin yang menepati ciri-ciri idealisme sukar ditemui dalam
sejarah ketamadunan manusia. Namun, dalam sejarah ketamadunan islam, kepimpinan
Rasulullah SAW adalah qudwah (idola) dan ikutan, serta menepati ciri-ciri
pemimpin yang ideal.
Hal
itu telah diakui oleh al-Quran yang memuji kehidupan Rasulullah SAW secara
umumnya dan meletakkan setiap inci daripada kehidupan baginda secara uswah
(contoh ikutan) dan teladan yang baik. Firman Allah SWT dalam surah al-Ahzab,
ayat 21 yang bermaksud “Sesungguhnya bagi kamu, pada (kehidupan) Rasulullah SAW
ada ikutan yang baik kepada sesiapa yang mengharapkan Allah SWT dan hari
akhirat serta mengingati Allah SWT”
Kepimpinan
Rasulullah SAW merupakan model pemerintahan kurun terbaik dalam sejarah Islam
dan mengandungi ‘qudwah hasanah yang dimaksudkan menjadi contoh teladan yang
baik. Perkataan ini pernah digunakan di dalam al-Quran agar umat Islam
mencontohi Rasulullah SAW dalam kehidupan mereka.
Rasulullah
SAW merupakan pemimpin yang dipilih dan dilantik oleh Allah SWT untuk memimpin
manusia ke jalan yang benar. Kepimpinan baginda terserlah sewaktu baginda
berada di Kota Makkah iaitu sebelum menerima wahyu sebagai Nabi dan Rasul. Kepimpinan
itu makin jelas setelah baginda berhijrah ke Madinah.
Apabila
diamati dan dianalisis sirah Rasulullah SAW, kita mendapati baginda merupakan
seorang pemimpin yang menyusun strategi dengan kemas dan mantap bagi memastikan
Islam menjadi satu agama yang unggul dan agung.
- ISI-ISI
1) MELAKUKAN
DAKWAH SECARA RAHSIA
Pada
peringkat awal, penyebaran agama Islam dakwah dilakukan oleh Rasulullah SAW
secara rahsia. Strategi menyebarkan agama yang suci ini adalah dengan
menyampaikan terlebih dahulu kepada orang paling rapat dengan baginda, kaum
keluarga serta teman-teman baginda. Mereka menganun agama Islam secara rahsia.
Kaedah yang dilaksanakan oleh baginda adalah dengan mengumpulkan mereka serta
membimbing ke arah mengabdikan diri kepada Allah SWT.
Langkah
pertama ialah seruan terhadap mereka yang sudah kenal dan karib dengan Baginda.
Antara orang yang mula mula menyahut seruan Baginda ialah saidatina Khadijah
Radiallahu’anha, Ali bin Abi Talib, Zaid bin Harithah (orang suruhan dan anak
angkat baginda), Abu Bakar bin Quhafah, Uthman bin Affan, Zubair bin Awwan,
Abdul Rahman bin Auf, Sa’ad bin Abi Waqqas dan mereka yang lain
Radiallahu’anhum. Semua mereka ini bertemu Rasulullah SAW secara sulit. Mereka
melakukan ibadah di lorong- lorong Makkah yang jauh dari pandangan orang
Quraisy.
Ketika
pemeluk agama Islam meningkat 30 orang, Rasulullah SAW memilih satu tempat yang
agak terpencil iaitu di rumah Al-Arqam bin Abi Al-Arqam untuk menyampaikan
ajaran Islam. Kemudiannya, dakwah Rasulullah SAW terus berkembang sebanyak 40
orang pengikut. Kebanyakkan mereka adalah golongan fakir miskin dan hamba
sahaya,yang tidak ada tempat dalam masyarakat Quraisy.
Rasulullah
menjalankan tugas dakwah secara rahsia bukanlah kerana takut sesuatu yang akan
menimpa diri Baginda. Baginda amat faham akan perintah Allah SWT. Dakwah ini
pada peringkat awalnya hanya diterima oleh orang yang lemah dan fakir. Ini
bukan sahaja berlaku kepada dakwah nabi-nabi yang terdahulu. Sebagai contoh
lihatlah dakwah Nabi Nuh as.
Pengiktibaran untuk
para pendakwah adalah pendakwah perlu bijaksana untuk memilih uslub dakwah
samada secara rahsia atau terang-terangan dengan melihat kepada tempat dan
suasana, juga dengan melihat kepada kekuatan dan kemampuan yang
dimilikinya.Pendakwah tidak boleh memandang remeh atau sepi kepada pengikut
yang lemah,fakir dan miskin.Apa yang perlu bagi seorang pendakwah ialah
usaha-usaha yang berterusan dan kesabaran yang tetap.Kekuantan dan kejayaan
akan dikurniakan oleh Allah SWT. Terbukti dalam sejarah,akhirnya dakwah
Rasulullah SAW diterima oleh semua lapisan masyarakat.
2) MENYEMAI
BENIH IKHSAN DI DALAM HATI PARA SAHABAT
Strategi
yang diamalkan oleh Rasulullah SAW adalah dengan menyemai benih ikhsan di dalam
hati para sahabat. Konsep ikhsan yang ditekankan oleh Rasulullah SAW adalah
melakukan sesuatu hanya kerana Allah SWT dan yakin bahawa Allah sentiasa
melihat amalan yang dilakukan oleh hamba-hambaNya. Penerapan konsep ikhsan ke
dalam jiwa para sahabat ini telah melahirkan insan yang:
- Ikhlas Dalam Setiap Amalan dan Tindakan
- Bersikap Amanah Terhadap Tugas Yang Diberikan -
Sikap bertanggungjawab yang boleh menimbulkan kepercayaan dan keyakinan
orang lain.
- Menyakini bahawa Allah sentiasa mengawasinya.
“أن
تعبد الله كأنكَ تراه، فإنْ لَمْ تَكُنْ تراه فإنه يراك”
·
“(al-Ihsan adalah)
engkau beribadah kepada Allah seakan-akan engkau melihat-Nya, kalau kamu tidak
bisa melihat-Nya maka sesungguhnya Dia melihatmu”[11].
Syaikh Abdurrahman as-Sa’di berkata, “Muraaqabatullah (selalu
merasakan pengawasan Allah Ta’ala) adalah termasuk amalan hati yang
paling tinggi (keutamaannya dalam Islam), yaitu menghambakan diri (beribadah)
kepada Allah dengan (memahami dan mengamalkan makna yang terkandung dalam) nama-Nya ar-Raqiib (Yang
Maha Mengawasi) dan asy-Syahiid (Yang Maha Menyaksikan). Maka
ketika seorang hamba mengetahui/meyakini bahwa semua gerakan (aktifitas)nya
yang lahir maupun batin, tidak ada (satupun) yang luput dari pengatahuan-Nya,
dan dia (senantiasa) menghadirkan keyakinan ini dalam semua keadaannya, ini
(semua) akan menjadikannya (selalu berusaha) menjaga batin (hati)nya dari
(semua) pikiran (buruk) dan angan-angan yang dibenci Allah, serta menjaga lahir
(anggota badan)nya dari (semua) ucapan dan perbuatan yang dimurkai Allah, serta
dia akan beribadah/mendekatkan diri (kepada Allah) dengan kedudukan al-ihsan,
maka dia akan beribadah kepada Allah seakan-akan dia melihat-Nya, kalau dia
tidak bisa melihat-Nya maka sesungguhnya Allah melihatnya”[12].
- Sentiasa bersungguh-sungguh dan jujur dalam setiap
keadaan
“Dan jadikanlah dirimu sendiri suatu
teladan dalam berbuat baik. Hendaklah engkau jujur dan bersungguh-sungguh dalam
pengajaranmu”
Al-Kitab dengan sangat jelas
menunjukkan bahwa kita semua diminta untuk tampil menjadi teladan dalam banyak
hal mulai dari perbuatan baik hingga iman. Seterusnya, ayat bacaan hari ini
menyatakan salah satu firman Allah yang mengingatkan kita untuk selalu berusaha
untuk menjadi teladan dalam hal berbuat baik. “Dan jadikanlah dirimu
sendiri suatu teladan dalam berbuat baik. Hendaklah engkau jujur dan
bersungguh-sungguh dalam pengajaranmu”.
3) MEMBINA
PERPADUAN DAN MENYATUKAN UMAT
Sebaik
sahaja tiba di Yathrib (Madinah) semasa peristiwa hijrah, Rasulullah SAW
menyusun strategi untuk membina perpaduan di kalangan umat Islam. Baginda
melancarkan satu kaedah yang dikenali sebagai sistem persaudaraan dengan
mempersaudarakan orang Muhajirin dan Ansar. Antaranya, Rasulullah SAW
mempersaudarakan Umar al-Khattab dengan Zaid bin Harithahdan Abu Ubaidah bin
al-Jarrah dengan Saad bin Muaz.
Strategi
Baginda ini memberian momentum yang kuat kepada sebuah negara baru pada masa
tersebut. Hasilnya, Madinh menjadi sebuah negara yang kuat walaupun umat Islam
terus-menerus menghadapi ancaman dan sekatan daripada musuh di setiap penjuru.
Seterusnya,
peringkat pertama penghijrahan Rasulullah SAW membina “ikatan persaudaraan”
antara golongan Muhajirin dan Ansar untuk melenyapkan sikap finatik kesukuan
dalam mewujudkan ruh pengabdian selain kepada agama Islam. Di samping itu,
pendekatan Rasulullah SAW di Madinah adalah lebih kepada pengukuhan iaitu
cenderung kepada syariat dan pengurusan.
Selain
itu, perkara pertama ketika hijrah Rasulullah SAW ialah mempersaudarakan dalam
kalangan Muhajirin dan Ansar. Melalui hubungan persaudaraan, maka keteguhan saf
yang sangat penting dalam perjuangan Islam itu dapat diwujudkan.
Rasulullah
SAW mempersaudarakan sahabatnya dalam kalangan orang-orang Muhajirin dan Ansar.
Antaranya ialah Ja’far bin Abi Talib dengan Mu’adz bin Jabal, Hamzah bin Abdul
Mutallib dengan Zaid bin Harithah, Abu Bakar Al-Siddiq dengan Kharrijah bin
Zuhair, Sa’ad bin Al-Ruba’I dengan Abdul Rahman bin Auf dan lain-lain. Buktinya
Sa’ad bin Al-Ruba’I telah menawarkan separuh hartanya iaitu rumah, harta dan
ahlinya dengan saksama kepada saudaranya iaitu Abdul Rahman bin Auf. Sebaliknya
Abdul Rahman bin Auf berterima kasih dan meminta Sa’ad bin Al-Ruba’I membawa
beliau ke pasar Madinah untuk beliau bekerja di sana. Setiap kaum Muhajirin
dipersaudarakan dengan kaum Ansar dan persaudaraan itu dianggap seperti saudara
kandung sendiri.
Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:
" Dan orang-orang
Yang beriman sesudah itu, kemudian mereka berhijrah dan berjihad bersama-sama
kamu, maka adalah mereka dari golongan kamu, maka adalah mereka dari golongan
kamu. Dalam pada itu, orang-orang Yang mempunyai pertalian kerabat, setengahnya
lebih berhak atas setengahnya Yang (lain) menurut (hokum) Kitab Allah;
Sesungguhnya Allah Maha mengetahui akan tiap-tiap sesuatu"
(Surah
Al-Anfal: Ayat 75)
Proses
dakwah Rasulullah SAW juga dilaksanakan secara berpusat. Perkara ini jelas
apabila Nabi Muhammad SAW menjadikan rumah Al-Arqam bin Abi Al-Arqam
Al-Makhzumi sebagai pusat dakwahnya yang pertama di samping tempat orang Islam
berkumpul.
Pusat
ini bukan sahaja sebagai pusat dakwah, bahkan juga dijadikan sebagai pusat
untuk mendidik, memberi kefahaman, memantapkan iman dan membawa manusia keluar
daripada kegelapan kepada cahaya.
Dakwah
pertama Nabi Muhammad SAW adalah dakwah secara diam-diam. Sebagaimana firman
Allah SWT Asy-syuara: 214 “dan berikanlah peringatan kepada kerabat-kerabat mu
yang terdekat”. Manakala Pendidikan Islam Secara Rahsia Dan Perorangan adalah
iaitu ketika awal turunnya wahyu pertama, pola pendidikan yang dilakukan adalah
secara sembunyi, dimulai dari diri beliau sendiri dan keluarga dekatnya. Tahap
ini berlangsung selama 3 tahun.
Orang-orang
yang pertama menerima dakwahnya dari kalangan keluarga dan sahabat terdekat
yang dikenal dengan sebutan Assabiquunal Awwaluunantara lain: (Siti Khadijah,
Ali Ibn Abi Thalib, Abu Bakar, Zaid, Ummu Aiman, Usman Ibn Affan, Zubair Ibn
Awwam, Abdurrahman Ibn Auf, Sa’ad Ibn Abi Waqas, Thalhah Ibn Ubaidillah, Abu
Ubaidillah Ibn Jarrah, Al-Arqam Ibn Abi Al-Arqam).
Seterusnya
dakwah kedua adalah dakwah secara terbuka. Sebagaimana firman Allah SWT
Al-Hijr: 94 “maka sampaikanlah (Muhammad) secara terang-terangan segala apa
yang diperintahkan kepadamu dan berpalinglah dari orang yang musyrik”. Manakala
pendidikan Islam secara terang-terangan adalah ketika turun wahyu berikutnya,
yang memerintahkan dakwah secara terang-terangan. Ketika wahyu itu turun belaiu
mengundang keluarga dekatnya untuk berkumpul di bukit Shafa,
menyerukan agar berhati-hati terhadap azab yang keras dikemudian hari bagi
orang yang tidak mengakui Allah sebagai Tuhannya dan Muhammad sebagai
utusan_Nya.
5) MEMBENTUK
SATU JEMAAH YANG BERSTRUKTUR DAN BERPASUKAN
Kekuatan
Islam terletak pada Jemaah atau pasukan. Oleh yang demikian, Nabi Muhammad SAW
membina satu pasukan kuat yang terdiri daripada kalangan para sahabat. Antara
ciri-ciri pasukan yang dibina oleh Rasulullah SAW ialah:
· Menumpukan
kepada matlamat Jemaah atau pasukan iaitu untuk mengubah dunia dengan
menegakkan Islam pada diri sendiri dan menyebarkannya segenap dunia.
· Menerima
ahli daripada pelbagai kemahiran dan latar belakang.
· Fokus
pada menjayakan tugasan bersama, mengkoordinasi kerja dan menyumbangkan
kemahiran tersendiri.
· Merancang
dan merangka misi dakwah secara bersama. Selain itu, setelah baiah
dilaksanakann, Rasulullah SAW menyusun dan memperkuatkan lagi Jemaah atau pasukan
dengan memilih 12 orang ketua yang menjadi naqib kepada kaumnya. Naqib atau
istilah lainnya fasilitator (pemudah cara) bertanggungjawab sebagai seorang
muslim, murabbi, dan mursyid kepada kaumnya.
Kelebihan Kerja dalam kumpulan
adalah Islam sering menyeru supaya kita hidup dalam berjemaah. Ini jelas
dibuktikan dalam hadis Rasulullah sallallah hualaihi wasallam yang bermaksud “
Seseorang yang solat jemaah lebih baik daripada solat berseorangan”. Imbasan
daripada sejarahsejarah islam membuktikan bahawa kerja berpasukan amat penting.
Seperti peristiwa Perang Uhud. Tentera muslim Berjaya mengalahkan pihak musuh,
apabila mereka bertindak secara berkumpualan dan mempunyai perancangan yang
teliti.
Banyak kelebihan kerja berkumpulan seperti berjemaah. Dengan berjemaah kita
mempunyai banyak maklumat dan idea. Konsep jemaah membolehkan ahli
kumpulan berkongsi maklumat dan bertukar-tukar pandangan. Selain itu,
Kumpulan mempunyai daya kreatif yang lebih berbanding daya daya kreatif orang
perseorangan. Seterusnya, pembelajaran secara berkumpulan adalah lebih
berkesan berbanding pembelajaran seorang diri dan penglibatan dalam kumpulan
memberikan kepuasan kerana ia membolehkan kita memenuhi keperluan sosial,
misalnya dapat mewujudkan jaringan hubungan dengan orang lain. Sungguh pun
bekerja secara kumpulan digalakkan kerana kelebihannya, namun kumpulan juga
tidak terlepas daripada kelemahan dan masalah.Ini timbul lantaran ada anggota
tidak mengetahui dan memahami tugas masing -masing.
Di sebalik kelebihan, ia juga
terdapat kelemahan, antaranya ialah anggota kumpulan mungkin didesak atau
terdorong untuk mengikut pendapat majoriti. Fenomena ini dikenali sebagai
pemikiran kelompok.Masalah pemikiran ini boleh menjejaskan proses
pembuatan keputusan dan kualiti. Selain itu, ada kemungkinan anggota
mendominasikan perbincangan atau kumpulan bagi tujuan tertentu. Seterusnya,
wujud sikap bergantung kepada anggota lain dengan anggapan anggota lain akan
maelakukannya. Di samping itu, kumpulan, berbanding dengan individu, mengambil
masa untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.
Terdapat tiga perkara yang perlu
diambil kira dalam penggunaan kaedah kumpulan iaitu anggota di dalam kumpulan
tersebut mesti boleh menyumbang dan mempunyai pngetahuan dan mempunyai
pengetahuan serta kemahiran untuk menjayakan kumpulan. Selain itu, kepimpinan
kumpulan tersebut diterima, dan seterusnya iltizam dari semua yang terbabit
adalah sangat diperlukan.
Pengertian pekerjaan dari perspektif
Islam adalah satu pendapat menyatakan pekerjaan iaitu suatu status, cara,
karakteristik, taraf yang terkait dengan suatu profesi. Pendapat lain
menyatakan pekerjaan sebagai ojektif yang memiliki erti kualifikasi.Pakar dalam
hal ini menyatakan sebuah profesi ini berhubungan dengan hakikat kehidupan
manusia.
Nilai penting dalam bekerja adalah
ihsan (baik) dan jihad (bersungguh-sungguh). Islam tidak hanya memerintahkan
bekerja tetapi bekerja dengan sebaik-baiknya. Maka sepatutnya seorang muslim
selalu ihsan dalam bekerjanya dan dilakukan dengan penuh kesungguhan,
mengerahkan segala kemampuannya untuk hasil yang terbaik dan menjaga kualiti
proses atau cara mencapainya.
6) MEMBENTUK
GOLONGAN PELAPIS YANG BERJIWA KENTAL
Keperibadian
seorang muslim sejati adalah bergantung kepada ketinggian akhlak yang dimiliki
olehnya. Ciri ini adalah merupakan elemen paling utama dalam membentuk kualiti
kepimpinan yang tinggi menurut pandangan Islam. Jika dilihat, sebelum Baginda
menerima wahyu pertama dan diangkat menjadi rasul. Rasulullah, nama Muhammad
bin Abdullah sememangnya harum dan mulia dalam kalangan masyarakat arab Mekah
dan terkenal dengan ketinggian akhlak berperibadi mulia sehingga Baginda
mendapat jolokan gelaran al-Amin kerana sifat amanah yang dimilikinya. Ciri ini
juga adalah selari dengan motif perutusan Rasulullah S.A.W sendiri ke muka bumi
iaitu sebagai pelengkap kepada akhlak mulia dalam kalangan manusia dan
melakukan terhadap transfomasi positif terhadap adat jahiliyah yang wujud pada
ketika itu. Pemimpin sejati yang mencontohi Baginda hendaklak memberikan contoh
akhlak terbaik untuk diikuti supaya dirinya tidak digolongkan dalam golongan
yang dimurkai oleh Allah SWT, sekaligus menyebabkan hilangnya hormat pengikut
terhadap dirinya. Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman,
mengapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? (3) Amat besar
kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan”
(al-Saff,
61: 2-3)
Pemimpin
yang ingin dirinya menjadi ikutan kepada pengikutnya hendaklah sentiasa
mendahulukan perbuatan mulia dan mencerminkan akhlak mulia untuk dijadikan
contoh teladan serta ikutan kepada pengikutnya. perihal begini disebut sebagai
metod Da’wah bil Hal iaitu penyampaian mesej dakwah melalui kaedah contoh
perlakuan atau perbuatan. Haruslah diketahui bahawa kemuliaan dalam keperibadian
insan hanya akan tercapai sekiranya hidup mereka dipandu dengan suruhan dan
larangan Allah SWT dan ajaran Rasulullah S.A.W dengan penuh rasa tekun dan
bersungguh-sungguh.(Redza Zainal Abidin, 1989:25). Kemuliaan dalam peribadi
insan yang digelar pemimpin akan menjadi sempurna sekiranya dirinya menjadi
insan yang bertaqwa yakni bukan sahaja mahu ditaati oleh pengikutnya, akan
tetapi dirinya terlebih dahulu mentaati Allah SWT
RUMUSAN
Dalam
konteks pemerintahan dan pentadbiran Rasulullah adalah sebaik-baik ikutan yang
perlu diteladani. Seharusnya kita menjadikan Rasulullah SAW sebagai contoh
dalam kehidupan seharian dalam segala urusan. Sebagai umat Islam sewajarnya
kita yakin bahawa Rasulullah SAW bukan sahaja mempunyai ketokohan dari aspek
kepimpinan baginda sebagai nabi dan rasul tetapi baginda juga berkaliber dari
aspek politik, sosial, ekonomi dan pertahanan. Kepimpinan Rasulullah SAW juga
terbukti telah membawa masyarakat Islam kepada kehidupan yang lebih baik dan
teratur.
Penerapan
ciri-ciri kepimpinan Rasulullah SAW dalam pembentukan diri tidak hanya gterhad
dalam konteks jati diri pendakwah sahaja, malah diaplikasikan secara menyeluruh
dalam keseluruhan bab yang berkaitan dengan konteks kepimpinan. Ini adalah
kerana hakikat yang tidak dapat dinafikan iaitu Rasulullah SAW sendiri adalah
merupakan penghulu segala Rasul, pengakhiran bagi para Anbiya', pemimpin umat
Islam, utusan Allah yang menyampaikan wahyu, dan kesemuanya sekali.
Maka,
asalah merupakan suatu kerugian bagi umat Islam jika tidak mengambil peluang
untuk merujuk dan mencedok ilmu-ilmu kepimpinan yang dizahirkan oleh Rasulullah
SAW, terutamanya dalam membentuk diri sebagai seorang penyampai dakwah
Islamiyyah yang hebat dan berjaya.
RUJUKAN
http://www.ukm.my/skim/wp-content/uploads/2016/01/Pengurusan-Rasulullah-s.a.w.-dalam-Mempersaudarakan-Masyarakat-di-Madinah.pdf
https://www.slideshare.net/ciklahkiter/rasulullah-saw-sebagai-model-utama-dalam-sistem-pentadbiran-dan-pemerintahan-islam
https://www.slideshare.net/ciklahkiter/rasulullah-saw-sebagai-model-utama-dalam-sistem-pentadbiran-dan-pemerintahan-islam
https://naskahtua.blogspot.com/2015/09/sistem-dakwah.html?m=1



